Assalamualaikum and hello to ALL.
Aku promise that i'll share about the MLM thing, right?
So harini, sementara aku takda buat apa2 ni.. Meh lah sis cerita sikit..
Okay, sis kenal dengan dia ni dari T-apps tu, dia sembang dgn aku pun macam biasa. Tapi awal-awal lagi dia dah cakap dia bukan masuk apps tu untuk cari jodoh. Just untuk kenal-kenal dengan orang je. Macam aku lah, untuk tambah kenalan, and at the same time boleh lah amik some experience from orang baru tu..
Then setelah beberapa hari kenal melalui T-apps tuu.. kami terus sembang dekat whatsapp. Then dia terus ajak aku lepak, katanya nak kenal lagi rapat lah. Sembang depan2 lagi best dari sembang dekat dalam fon. So masa tu puasa, dia ajak aku jumpa dekat Masjid Wilayah kot. Bebuka dekat sana. Kau ghase? Tak ke aku macam,,, wow this guy, yizlamik sungguh.. First date aja dah ajak pegi Masjid.. Hahaha aku cerita dengan member aku semua macam, waaaaa SO AWKWARD. HAHAHA tapi semua nak husnuzon weh. But luckily masa tu dia ada hal, so cancel at the very lastttt minute. Nasib baik lah satu jalan dengan balik rumah. Kalau tak,, mau aku mengamok dengan dia.
Oleh itu, sembang dalam whatsapp masih diteruskan... dia okay je. Sembang macam biasa. Dia orang Ganu, datang KL sebab nak kerja. Sis pun mcm, ooohh. okay lah tu.. So, selepas raya, dia ajak jugak aku jumpa. Kami jumpa sabtu exactly selepas raya. Dia ajak untuk lepak dkt mamak sebelah Hotel Istana. Aku pun bawak lah kereta myvi comel aku tu ke arah tempat yang aku tak pernah masuk pun. Tapi disebabkan aku rasa dia ni macam okay je dalam fon, aku pun onz jelaa..
Sesampainya sis di mamak tersebut...... aku parking betul-betul tepi mamak tu sebab ada kosong... Aku pun terpandang lah raut wajah yang seperti aku kenal, dan fuhh boleh tahan jugak mamat ni. Aku dah lah suka orang pakai speck ni,.. Nampak educated. TAPI kalau dia berpakaian kemas lahh, Kalau dia pakai speck tapi selebet je penampilan, tak educated sangat lah sis! Okay sambung balik cerita ni haa, alin suka menyimpang. hehe
Sebelum call dia bagitau aku dah sampai, aku stay dalam kereta aku dulu, scan dulu mamak tuu.. Tengok tempat tu macam mana, then tetiba aku perasan mamak tu FULLHOUSE.... ramai orang-orang muka student. Sis macam pelik lah sebenarnya.. dalam otak aku berkata
"Eh, dia ni lecturer ke? Dia ni motivator ke? Kenapa dia bagi talk dkt bebudak tu?"
Disebabkan sis mcm woaa kagum nampak heloknya dia dengan penampilan and bagi talk macam tuu, sis pun call dia bagitau dah sampai. Dia tak nampak aku sebab kereta ku tinted. Hiks.
So bila dia datang dekat keta aku, dia ajak aku lepak dalam mamak, tapi meja lain.. aku pun follow je la dia, sebab situ openspace kan,,, tetiba melangkah masuk je dalam,,, all eyes on mee...... And semua orang kenal dia dalam tu, siap dia panggil mamak tu macam helok kenal naw. Aku pun perati je semua orang dalam mamak tu. Mereka tengah berbincang. Group by group. Ada yang group besar. Ada yang group kecik. Aku duduk mengadap meja yang dia bagi "talk" tadi tu,, So masa sembang dengan dia,, awkward sikit jela. Sebab dia mcm banyak berckp,, aku layan kan aje. Sebab aku rasa bagus lah, kalau aku senyap, atleast dia ada topic to start.
Sembang punya sembang..... tetiba masuk pasal life, masuk pasal kenapa dia merantau jauh tinggalkan family untuk dapatkan kerja semua. Dia cakap bila dia lepak dekat mamak tu,, dia dapat positive vibes. Dia rasa tenang, sebab orang kat luar tu semua aura negative. Dekat situ, dia sentiasa motivated untuk buat yang terbaik dalam life. And ingatkan dia kenapa dia datang jauh2. So bermula lah segala persoalan aku dekat dia
Me: Then u kerja apa kalau dah hari2 lepak sini?
Dia: I kerja dengan company ni, senang je you, i just share knowledge dengan orang.
Me: Okay, u share knowledge,,,, what kind of knowledge?
Dia: Tentang digital marketing.
Me: Oh really? Pasal apa tu?
Dia: Pasal macam mana nak buat branding sendiri. Nak naikkan nama sendiri. Nak naikkan sale.
Me: Ohh, faham. Then macam mana u boleh dapat profit dengan u "just share knowledge" u tu?
Dia: Lepas orang dengar pasal benda tu.. and dorang berminat, dorang subscribe lah package yang company i ada. So i dapat profit dari situ lah.
Me: Oh faham, macam direct sales lah.
Dia: haa macam tu, tapi i tak jual product. I just share knowledge i je.
So, bila dia cerita pasal digital marketing, aku macam berminat.. Sebab aku memang mencari benda ni untuk naikkan instashop aku. Lagipun ive read about this thing dalam internet. Memang mahal namati. Berpuluh ribu okay kalau kau nak belajar je. Macam dehel? kau just buang air liur kau dapat berpuluh ribu?
Oleh itu, aku pun tanya dia, package dia macam mana. Dia cakap sekarang tengah offer, bayar RM8++ je dapat 5 benda dalam 1 package. Its up to me untuk focus on which one. Okay, ni aku listkan ada apa ye.. Coz aku tak ingat sangat;
1) Knowledge
2) Knowledge & Share -Sell (ambassador)
3) Sell product
4) Share link (ni macam nuffnang tu)
5) Educator
Dia cakap, sukati aku nak focus dekat mana. Aku cakap aku just nak tau apa yang dia ajar tu je. Aku taknak menjual2 whatsoever ni. Coz i have my own product. Buat apa lagi aku nak serabut jual product orang.. After kteorg dah sharing session pasal life masing2 tu, dia tau yang aku ni pun seller barang jugak. Cuma dia tatau aku dah sampai tahap mana. So dia rasa aku ni mcm ada bakat lah gitu. Dia pun ajak aku jumpa mentor dia. Aku dengan rela hati pegi jumpa mentor dia. Actually masa tu aku dah tahu yang dia ni MLM. Sebab bila part dia cerita pasal ambassador tu, dapat duit dalam sekelip mata. Aku tau benda ni akan kemana. Tapi aku steady je, aku dengar cerita dia. Sebab aku nak tau macam mana modus operandi dorang ni. Mentang2 lah lahir dalam keluarga polis. Hahaha sis ada bakat jadi FBI.
So aku pun jumpa mentor dia. Secara summary aku boleh cerita.... Mentor dia pun orang kampung yang terjebak dengan benda ni sebab rasa,, DAPAT DUIT (in USD) DALAM SEKELIP MATA, DENGAN HANYA KAU SHARE 'KNOWLEDGE' DENGAN ORANG.
Kesian weh, orang yang dihambakan duit ni... Sampai sanggup amik job apa-apa pun asalkan dapat duit. Dan paling sedih. Dorang rasa benda tu HALAL. In their definition of rezeki yang halal lah tu. So dia poyo dengan aku. Aku poyo balik dengan dia. Soalan dia (ni yang aku still ingat lah)
1) Awak rasa tak buang masa ke? Kerja dengan company awk sekarang, hujung bulan awak baru dapat duit lepas berpuluh jam kerja untuk dorang? Tapi kalau kerja dgn sini, dah lah ikut masa awak sendiri, pastu dapat duit n bonus in USD dalam sekelip mata. Orang lain dapat RM5k dalam masa sebulan. Tapi sini, awk boleh dapat RM5k dalam masa 12 jam?
2) Awak kerja teruk-teruk, ada bos awak appreciate awak? Kita dekat sini, sape yang capat target, siap bawak pergi clubmed lagi. And boleh dapat voucher sunway lagoon and pergi dengan satu team ni. Serious akak cakap, team ni best gila. Awak akan rasa seronok.
3) Kalau awak amik package ni dekat luar, berpuluh ribu. Ada yang sampai cecah ratus ribu. Dekat sini, basic kita pun RM8++ je. Ni tengah promo. Kalau normal price RM30+++. Kira untung awak jumpa kita sekarang. Awak rasa dapat ke pckge mcm ni harga mcm ni?
4) Awak ada ke saving berpuluh ribu macam tu? Akak tak rasa awak ada saving banyak macam tu sekali. Sebab yela, duit gaji kan,, nak pakai untuk emergency lagi untuk sendiri lagi.. Package ni dah kira murah dah ni. Siap dapat 5in1 lagi.
Okay, tu jela antara yang aku ingat. Tapi seperti biasa,, cara dia nak tarik orang baru:
1) Akak datang sini, sebab akak rasa buat apa akak buang masa nak kerja dengan company orang and dapat 5k dalam masa sebulan? Akak ni honestly speaking, akak antara top student dekat uni akak. Tapi akak fikir, kat sini akak boleh dapat RM5k dalam masa sehari and flexi time, akak rasa ni terbaik.
2) Akak datang sini pun lepas 60 kali kawan akak ajak, akak kira balik tau msg yang dia hantar dekat akak. Tu pun akak dtg sebab nak jaga hati dia. Lagipun masa tu akak tak buat apa. So akak pun turun lah dari utara ke sini. Tapi akak TAK PERNAH MENYESAL. Sebab, akak boleh hantar dekat fmly akak beribu2 dalam sebulan. Akak boleh tolong family akak.
3) Ramai dekat sini yang dia pun takut-takut memula sebab rasa mahal sangat kena bayar. Pastu tkda duit. Family takasi lagi. Tapi awak tengok tu..*dia tunjuk sorang bdk pompuan ni* dia dulu, bapak dia bantah nak buat benda ni. Tapi lepas dia boleh hantar seribu 2 minggu sekali dekat family and belikan barang-barang mahal dekat family, terus family dia rasa dia buat benda yang betul. Siap bapak dia yang hantar dia datang sini kekadang.
4) Awak rasa kenapa mak bapak awak kerja lagi? Kalau betul dorang dah ada secukupnya duit. Kenapa dorang kerja lagi? Nak penuhi masa lapang? Ada banyak benda lain lagi nak penuhkan masa lapang. Pegi lah becucuk tanam ke bercuti ke.
5) Awak tak rasa ke yang mak or bapak awak nak something dalam hidup dorang? Mesti ada something. Cuma dorang tak cakap sebab dorang rasa taknak bebankan anak-anak. Tapi kalau awak kerja keras cari duit, semua awak boleh bagi dekat mak bapak awak. Siap boleh bawak pegi haji lagi.
Sebenarnya dia boleh nampak aku tak berminat dengan package dorang sebab aku macam dengar tak dengar je. Hahaha tapi sebab aku masih nak teruskan misi nak tahu cara dorang bekerja, aku pun acting lah macam berminat dengan package dorang.. By the way ada jugak yang aku melawan dan mempoyokan diri dekat dorang,, tapi taknak lah cerita, nanti korang rasa sis poyo pulak. Hehehe tapi nak jugak cakap sikit
1) Saya sis, berkerja bape tahun pun saya ada RM10k dalam saving saya.
2) Parents saya dah banyak dah duit dorang tapi dorang kerja sebab dorang suka, daripada duduk rumah tak buat apa. Atleast dapat duit,
Tapi dalam banyak2 dia cerita tu, aku cam takisah. Aku memang nak amik pckage yang basic dia. Sebab aku nak tau apa seterusnya jadi lepas orang subscibe. So, aku suruh lah mamat tu cerita sedikit sebanyak tentang package dorang tuu.. So dia cerita pasal 5in1 tu.. And dia cerita yang aku akan dapat portal tu and portal tu ada exam. Kena jawab sampai habis and lulus baru consider 'graduated'. Dia tunjuk dekat aku portal tu.. Aku tengok, okay lah.. boleh percaya yang tu..
So aku pun keluarkan duit and bayar lah ke dia untuk amik package basic tu.. And Esoknya aku ada seminar with them. Sebab aku kononnya "LUCKY" sebab register betul2 sehari seminar, and orang dari seluruh Malaysia turun untuk dengar talk tu. And talk tu diberi oleh so-called 'founder' of the company KONONNYA. Hahaha
Okay, nanti aku sambung balik cerita aku untuk hari kedua di entri lain. Sekarang sis nak pergi solat dulu. Hahah. Bye chuols.
p/s: sis takan reveal the company yet. Sooner or later u guys will know. Hewhew.
Thanks for waiting,,
Love, lalin <3 div="">3>