Sem Lapan

Dah almost 2 bulan aku belajar di UITM Puncak Alam.
Pertama kali datang sana, aku macam excited sangat sebab aku sangat suka 'nature' ni.
Aku dapat duduk di Hostel Rafflesia. Berdekatan dengan 'tangga kejayaan'.
Pemandangan dari bilik aku ... Bagi aku lawa lah.


and bilik pun SELESA sangat !
Cuma , biasa lah kawasan 'hutan' ni kan... serangga seperti 'charlie', kumbang, ulat terbang, tu perkara biasa dijumpai.



Tapi, apabila dah lama sikit kat situ... Aku mula rasa kurang selesa. Sebab nak pergi and balik kelas kena naik dan turun tangga. 'Tangga kejayaan' ITU ! Ni half way je dari yang sebenarnya ye kawan-kawan.


Ya, memang ada bas yang disediakan tetapi, bas rapid, dimana setiap kali kau guna bas tu kena bayar RM1

2 kali sehari naik bas tu.
23 hari sebulan.

2 x 23 = RM46 / month

46 x 5 = RM230 / sem

So, approximate RM230 kena spend on naik bas sahaja satu sem . 

Then, cafe dia agak mengecewakan apabila cafe Rafflesia tak banyak yang buka. And most importantly malam dia tak buka. Sebab yang kat situ yang jual nya utk makan tengahari. So malam kami kena pergi ke cafe Angsana which is far away from our hostel. Cafe tu dekat dengan hostel lelaki. So, bila 3 hostel menuju ke 1 cafe.... Apa yang akan belaku ? Haa fikir lah sendiri.

Dulu aku pernah juga datang Palam ni sebelum masuk, sebab sepupu aku ramai dekat sini. Tapi masa tu.. Rasa macam lega walaupun semua tempat jauh, tapi YANG PALING PENTING, MAKANAN SENANG NAK DAPAT !

Yang paling mengecewakan aku tu jela. Pasal makanan.

So, sekarang ni.... Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan di palam tu. Aku terpaksa lah keluarkan SEDIKIT duit untuk pergi balik dari fakulti ke hostel. Then pasal makan malam tu..... Redha jelaa.. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tak.

Okay, pasal fakulti pula. Aku sekelas dengan hannis ! Kelas A . Yang takleh bla, aku ni dari diploma sampai degree kelas A-B sahaja. Hahaha mcm takleh 'move on' ke kelas lain je. Tah hape-hape je kann. HAHA


And this is my new housemates plus classmates. HEHE


This is my current housemates. Qila hilang dengan suami masa ni. HAHA


p/s : Sila ignore muka berminyak itu sebab ni gambar first day masuk hostel and lepas kemas bilik. hehe

Okay, tu je nak cerita dekat blog hari ini. Aherrherr..

written by AzleenFarahim

No comments:

Post a Comment