Krabi Trip - Day 1 #krabixsonois

Assalamualaikum w.b.t wahai pembaca blog.

Harini aku nak menceritakan kisah perjalanan aku di Krabi, Thailand yang konon nya dikatakan 'percutian bajet' haa. 

So, actually this supposedly be #sonoisvacation which consist of 7 people. But, yang perginya hanya lah 4 orang sebab yang lain ada hal tersendiri. Oleh itu, kami gagahkan diri juga pergi ber-4 dengan concept 'gamble'. Hanya dengan berpandukan 'research' melalui blog-blog dan website yang menyediakan info tentang Krabi.

Sonois' yang pergi ialah:
Azleen (aku)
Ain
Aezaty (zety)
Natasha (tasa)

Cerita dia bermula macam ni, Tasa tengah buka laman web Air Asia.. Saje je scroll tiket murah sebab masa tu katanya ada sale. Tiba tiba dapat tiket like LITERALLY MURAH. RM83 / person, pergi dan balik. Dia pun mengusulkan cadangan di 'whatsapp group' dan kami pun terus 'ON!!' dan dengan itu, terjadilah pembelian tiket air asia untuk kami pergi ke Krabi. Padahal on that day, kami tak tahu pun apa akan jadi kat kami on 17/8-20/8/2015. Adakah kami akan kerja and takda cuti or kami sambung belajar ke apa. Whatever it is, orang cakap.. Itu jangan pandang. Beli je tiket dulu. Cuti ke apa lain cerita.

#Tips - Selalu buka website any airline untuk tengok harga tiket. Tak kisah lah tarikh dia jauh lagi ke apa. Tiket first, cuti second. HAHA

Then, since ain and zety baru je habis paper for their last sem and got nothing to do.. Mereka telah di assigned utk buat segala research mengenai Krabi. But, disebabkan zety nak pergi ke Australia a week before pergi Krabi. So, di maafkan.. Ain lah kena buat segala research. Dia pun bukan buat apa kat rumah. HAHA.

#Tips - Selalu buat research pasal tempat tinggal, transport, makanan, tempat shopping, pakej-pakej menarik di sana dan lain-lain.


Before i forgot, Tasa telah booked kan hostel/guestroom untuk kami berempat di booking.com. Bayar cash eh, bukan online. Alhamdulillah, owner nya baik. Orang Italy kot. Siap care pasal kami lagi. Bila ada this one incident berlaku di Krabi, dia yang macam 'where is your friend? what wrong with her? do you need anything?'

Lets start with our 1st day !
17/8/2015

Tiket flight kami pukul 1.15 tengahari. So, kami amik jalan selamat untuk keluar dari rumah around 8am sebab nak menghadap jem dekat KL untuk ke KL sentral dan incase jadi apa-apa pulak tengah jalan kan... Aku pun mintak tolong papa hantar pergi ke KL Sentral sebelum dia masuk kerja, lagipun Bukit Aman and KL Sentral bukan jauh mana pun.

Sampai nya kami di KL Sentral, tasa tak sampai-sampai lagi. Dia boleh pulak TER tinggal passport dkt rumah, nasib baik sempat nak patah balik, So, dia pun sampai kemudiannya. Around 10.20 kami pun bergerak menaiki bas dan sampai around 11.20 am.


Ambil masa sejam KL Sentral - KLIA 2.
Harga tiket - RM 11/person


Lepak starbuck kejap. Sebab dia betul-betul tepi gate untuk check in departure.




Since kami check-in lambat sikit, So seat bersepah lah. Masa pergi ni Tasa jauh kedepan. Tinggal lah aku zety and ain sahaja masa ni. Semua muka excited sebab first time melancong bersama-sama. Pergi negara jiran pulak tu. Bukan negara sendiri. hehe

#Tips - Sila lah check in awal sekiranya korang backpackers. Senang chuols. Sampai lambat sikit pun boleh.

Selepas sejam lebih perjalanan dari KLIA 2 - Krabi Airport..  Kami pun cepat-cepat mencari surau di Airport tu untuk menunaikan solat.  Then terus beli tiket transport utk ke krabi town. Sebab Ain cakap, kita akan jumpa krabi town dulu sebelum ke Ao Nang. 

Harga transport Airport - Krabi Town - 350 bath/car

Sampai je kami di Krabi Town, orang yang bawak van tu hantar kami ke tempat macam 'tourist information' lah konon nya. Jauh sikit dari jalan besar. Pastu dorang macam nak push kami beli pakej island hopping blablabla. MAHAL pulak tu. Siap offer nak bagi kami tinggalkan beg sementara kami jalan-jalan lagi.. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Pastu nak sentap bila kami tolak. Entah apa2 tah.

#Tips - Kalau orang van/kereta bawak korang pergi tourist information or macam mana-mana pit stop tu, korang kena pandai-pandai tolak. Cakap lah dah booked dengan hotel ke apa ke. Sebab dorang ni nak suruh korang beli jugak pakej tu. Lagipun usually pakej mereka lagi MAHAL dari tempat lain. Its better for you to jalan area Ao Nang sebab dekat sana berlambak pakej and choices yang korang boleh tengok dan compare.





Kami pun pergi lah berjalan di tengah panas terik tu mencari tempat yang ramai orang sikit. So, jumpa lah benda-benda ni dekat tepi jalan Krabi Town tu.




Kedai ni betul-betul depan statue helang ke burung apa tah berhadapan dengan sungai di Krabi Town tu. Kedai dia sangat lah fancy and harga dia pun not bad (murah and lawa). Kedai ni pun ada bukak gerai dekat krabi walking street or macam ' krabi night market'. But since kami datang bukan on weekend, di Krabi Town juga ada ala-ala night market. Buka pukul 6 pm (waktu thailand). Kena jalan-jalan sikit cari.






Ini pulak macam gerai-gerai ala rantau panjang tu. haaa macam foodcourt dia lah. or maybe pasar pagi. Haha kami pun tak sure. Tapi kat situ jual makan-makan, kasut, buah-buahan etc. Korang akan jumpa gerai ni dulu. Then belakang tu baru 'night market'.

Harga fruit juice - 25-30 bath/cup

p/s; Air buah dia SEDAP woiii. fresh!




Ain baca dekat blog, jumpa orang suggest kedai sederet 7-Eleven ni, kedai ni betul dekat tepi corner.

#Tips - Kalau nak baju or souvenir murah better pergi kedai ni or dekat night market area Krabi Town ni. Sebab dekat Ao Nang, a little bit pricey and kalau nak murah pun kat Ao Nang yang dekat celah lorong yang korang susah nak perasan kewujudannya.

Area 7-Eleven ni pun tempat mencari transport seperti tuk'tuk' kereta dan lain-lain untuk ke Ao Nang dengan harga yang berpatutan. Kalau naik tuk'tuk' ke Ao Nang sebelum pukul 6pm boleh dapat 50bath/person.

But, since kami dah berjalan tak hengat dunia dengan beg yang sangat berat itu. (Sampai sakit belakang gue. Malas nak mencari tuk'tuk' lagi) So, ada sorang brother ni offer naik kereta dia.. and tanya berapa kami sanggup bayar untuk pergi ke Ao Nang. Mula-mula dia offer mahal. Kami taknak. Last-last kami tawar punya tawar, dapat lah 87.5bath/person.

BroTaxi: I see you walking here, walking there with that big bag. I amaze with you. You are so strong ar adik!

Dan sambil dalam kereta tu, orang tu pun tanya tanya sembang semua. Then kami mintak tolong dia untuk amik kami on the last day untuk ke Airport pagi 20.8.2015 nanti. Dan dia pun setuju. Yes !

Harga transport Krabi Town - Ao Nang - 350bath/car.

So, brother ni pun hantar lah kami sampai ke depan
3 Bees Guesthouse, Ao Nang.





Kami booked 2 rooms for 2 days and the last day 1 room. Sebab hari last tu kami check out awal pagi pun. So mcm membazir pulak amik 2 bilik. So last day tu kami berempat tido satu bilik. haha Rapatkan katil dan here we goo.. 4 people in 2 bed. :)

Harga bilik untuk 3 hari - 2000 bath

Untuk peringatan anda , bawah ini thailand punya socket plug. So, its either korang bawak plug yang macam tu or yang adapter tu. Dekat sana semua macam ni ye.. so aku bawak connecter/adapter tu AND extension so that senang nak guna bila ramai-ramai kan.



p/s; dekat Krabi sangat lah banyak 7-eleven, family mart etc. So, if korang datang sana.. Tak payah bawak toiletries pun takpe. Sebab harga barang dekat 7E pun murah bak hang. Tasa siap beli shampoo dekat sana. HAHA

So pada malam hari, kami pun mengagahkan diri pergi ke Ao Nang. Katanya dekat. Tapi Masha Allah sisturrr, Jauh nak mampuih. Rasa longgar kaki kami jalan. Tapi since macam first day tak tahu bape jauh.. kami just enjoyy.

Sampai pekan Ao Nang which is area Ao Nang beach tu, kami cari foreign exchange sebab katanya murah lagi kalau tukar duit kat sana. Orang ckp sampai pukul 11pm bukak. Tapi maybe sebab kami datang on weekdays kot, so tak banyak foreign exchange bukak. Jalan punya jalan jumpa foreign exchange yang murah for that day lah (antara yang lain) Better Rate money exchange.

After tukar duit, kami cari pancake untuk rasa-rasa dulu. Sebelum mencari makan malam yang berat. hehe



So kedai yang first kami pergi yang belakang tasa ni, for the first timer makan benda alah ni, kami rasa macam, errmm biasa je, Roti canai dalam ada telur or letak nutela je. HAHA tapi macam unik lah sebenarnya.


So for our dinner first night in Krabi at Bangboo Seafood Halal.

Harga dinner untuk 4 orang - 571 bath

Total first day: 1424 bath

Hotel: 500
Souvenir: 460
Fruit shake: 25
Mineral: 14
Taxi Airport-Ao Nang: 175
Plaster: 65 (Sebab bahu aku sakit bawak beg kehulur kehilir jalan dekat Krabi Town)
Dinner: 185


Thank you so much for reading.
written by AzleenFarahim

No comments:

Post a Comment