Krabi Trip - Day 3 #krabixsonois

Assalamualaikum w.b.t wahai pembaca belog.

Disebabkn zety injured masa dekat Maya Bay, kami seperti nak pergi taknak pergi untuk aktiviti hari ketiga. Tapi kalau tak enjoy n merasa semua benda kat sana macam tak syiok pulak jalan jauh-jauh semua. Zety pun dengan rela hati tido dekat bilik je sementara kami berjalan.

So balik je dari Phi Phi Island, kami terus booked dengan 3 Bees untuk aktiviti seterusnya. Mula-mula ingat nak pergi 4 island hopping pulak but fikir balik, semalam dah pergi laut, harini pergi buat aktiviti darat pulak lah kan. Disebabkan itu, we chose Elephant Trekking for our 3rd day activity.

p/s: banyak gambar dan video dalam entri kali ini.

Day 3 at Krabi, Thailand !
29/8/2015

Dekat bawah ni aku letak brochure company yang bawak kami enjoy our third day.



Aktiviti dalam pakej (T6) aku ini :
- Hot Stream
- Emerald pool
- Elephant trekking
Pakej ini include road trip transfer, lunch, fruits, drinking water, insurance (yang ni dia tulis dalam brochure, tapi tak sure lah betul ke tidak sebab alhamdulillah tak jadi apa-apa)

So seperti semalam, akan ada orang amik kami di hadapan guesthouse kami. Tapi kali ini dia amik pukul 8.30 am. Semalam dia amik awal, 8.00 am. hehe Sementara menunggu kami punya van datang amik, kami pun beli lah breakfast betul-betul dekat tepi guesthouse kami. Ada stall kecik (guna kayu buluh gitu) yang jual roti-roti and air panas semua tu.

Roti bakar choc butter milk

Melepak dekat depan guest house. Ada tempat untuk santai kot !
Sarapan pagi - 20 bath

Van yang amik kami.  NOTE: Tak boleh makan dalam van hokey!

Again, kami dapat duduk depan. Tasa tercampak kat blkg. Hihi
Pakcik ni mula-mula macam garang wei. Dia siap warn aku tak boleh makan dalam van dia. Cuak gak sebenarnya. Tapi lama-lama dia sembang jugak. Ain tak paham dia cakap apa sebab dia kecek klate. HAHAHA. Gua pun tak berapa nak paham (walaupun ada darah kelantan dalam diri ini) sebab dia kecek melayu thailand sebenarnya. Pekat chuols.

On the way to Hot Stream. Jauhh bakk hanggg
SUMPAH PERJALANAN SANGAT SANGAT SANGAT JAUH. Letih wei. Sebab tu lah kot harga pakej dia mahal sikit walaupun activity dia takda lah apa sangat punnn. Its like utara-selatan. Kalau kau keluar pintu airport Krabi ni, nak ke Ao Nang/Krabi Town ke belah kanan. If nak ke elephant trekking blablabla ni ke belah kiri. So faham-faham jela betapa jauh dari Ao Nang nak ke tempat tu.

Pakcik tu tak habis-habis cakap "Jangan lambat ye dik. 10.45 dekat van."
Which is masa tu dah 10.15 am. Tapi dekat sana takda apa sangat pun. Hanya kolam air panas. Kecik je pun, so nak berendam pun mcm errmm,, takpelah. mampu lepak rendam kaki je.

Arrived dekat pintu masuk Hot Stream.





Tengok betapa jernih nya air dia. Padahal ni macam 'longkang' je. Tapi sebenarnya sungai-sungai kecik.

Hot Stream ni memang dalam hutan.


Since masa singkat. Mampu rendam kaki je.

Nampak tak ada air terjun belakang tu? Air dia suam suam kuku lah, Boleh nak berendam.
Next, we were heading to Emerald Pool. Pun jauh jugak. Hmm. 

Tukar pulak. Ain duk belakang. kah kah.
Kami antara orang pertama naik van lepas hot stream tu, Sbb pakcik tak habis-habis cakap "jangan lambat." So, sampai dalam van, ramai tak naik lagi. Pakcik tu boleh buat cuakkan kteorg dengan gerakkan van. Ingatkan nak tinggalkan je dorang yang lain tu. Rupa-rupanya nak alihkan van letak dekat betul-betul pintu masuk Hot Stream. HAHA. And still sebut "kita dah lambat dah ni." errkkk

here we go again. 15 mins ke PINTU masuk emerald pool.





800 meter untuk ke Emerald Pool. And another 800 meter from Emerald Pool to Blue Pool. Kau ghase ??? Berpeluh aku nak kesana. Then dah berendam kejap dekat Emerald Pool, nak pi ke Blue Pool, sempat kering lah baju aku haha.

#Tips - Kalau ke Emerald Pool, korang nak berendam.. Its better for you gais pergi berendam dulu puas-puas then baru ke Blue Pool sebab. Sempat lah jugak kering baju korang untuk patah balik ke pintu masuk. Kalau korang pergi Blue Pool terus then baru nak mandi dekat Emerald, aku rasa macam tak sempat nak kering baju korang tu. 




Emerald pool ni memang lah clear. But, it just like a swimming pool. Warna hijau. Then agak dalam. Sebab tu ramai yang berendam. Since aku ni pendek orang nya.. Bila kaki cecah lantai dia, dah almost mulut dah air. HAHA.

Note to remember: Tepi emerald pool ni sangat lah licin. SERIOUS NI. SERIOUS.

Aku berenang-renang ditepian je. Pegang lah dekat kayu tempat dorang duduk ni. Bila nak naik atas balik, menggelupur. Sebab kaki tergelincir dalam air. Hahaha. Nasi baik budak dua orang ni tak mandi. So, depa tarik aku naik atas. hehe.

Ni sungai dekat Emerald pool. Sumpah clear gila air dia. Nampak macam takda air pun. Padahal...

Moving on to Blue Pool..








This was our lunch provided by the company.

p/s: most of the company yang provide this kind of pakej adalah halal. dan dorang punya tour guide pun muslim selalunya. So don't worry. But whatever it is, tanya lah dulu apa-apa pun...

After lunch, terus pergi ke tempat Elephant trekking. Okay. yang ni pun jauh jugak. Aku sempat tido lah duduk dekat dalam van tu. Sempat jugak nak charge handphone guna powerbank. Kahkah.

Masa kami awal-awal 
 











 

Dekat elephant trekking ni, orang tu akan tanya kau.. Kau nak duduk depan ke tidak. Kalau kau rasa macam berani nak turun pergi depan daripada seat tu.. Just go for it lah. Macam tasa. Pastu balik bilik, kiteorg cakap dia bau gajah. HAHAHA.

Masa orang tu dah turun daripada gajah, dia akan cakap nak amik gambar kau. Dan phone kau akan BANYAK GILA GAMBAR DENGAN GAJAH. Ini serious. Kteorg guna phone Ain, masuk je van, tengok gambar. Omakkkauu banyak nyo!

One more thing, dekat atas topi org yang bawak tu akan ada tulis berapa tips yang kau boleh bagi kat dia. Tak main lah 20bath wei. Semua ratus bath je..

After gajah ni, kami terus shoot balik. One hour jugak lah nak balik ke 3 Bees balik. Aku duduk dengan tasa dekat depan, Ain tido kot kat belakang. HAHA. 

So malam tu, kami angkut jugak tyty nak jenjalan di Ao Nang beach. Tengok sunset gitu. Disebabkan dah tahu betapa jauhnya guesthouse kami dengan pantai. Kami tahan lah tuk'tuk. Yang tak boleh bla nya,.. pakcik tu cakap "Adik, mau pergi mana?" Tasa pun dengan lajunya jawab "Nak pergi Ao Nang, kalau 4 orang berapa ye?" 

Pastu pakcik tu tergelak kecil dan senyum. Pastu amik kalkulator tekan nombor. Tunjuk kat kat kami. Rupa-rupanya dia tak reti pun bahasa melayu. HAHAH Tapi kalau tengok muka pakcik tu masa ternganga tengok tasa cakap tu. LAWAK wei !

Sampai sahaja di Pantai Ao Nang, Kami tengok... Sunset !!!


Panorama view. Klik imej untuk full.


Zety terpaksa jugak mengikut dengan tempang nya. hahaha. Sebab dah last night kan? So.... Nak tak nak, dia kena keluar jugak. Lagipun kami nak mencari pancake!


Since aku ni renek orangnya. Kaki pun pendek jee... Aku pun volunteer lah nak menjadi tongkat si zety.. Takpe... Aku pun memang nak menikmati pemandangan pun. No hal lah tyty !





Now, we are searching for foodsss


Harga banana+chocolate pancake - 35 bath



Okay, kami pun jalaaannn sampai hujung pantai Ao Nang ni, baru lah jumpa kedai Yaminlah yang orang duk suggest ni ha. Sedap wei pancake dia, Beza sikit dari yang first day kami makan tu. Tapi hangpa semua kena jalan jauh sikit lah, sebab kedai ni adalah the last kedai sepanjang food street dkt Ao Nang beach tu.


Harga fruit juice - 30 bath

Disebabkan first day kami, kami minum fruit juice yang wow ! So, kami nak try jugak dekat Ao Nang ni.. But aku rasa yang dekat Krabi Town tuu lagi sedap kot.... Tapi boleh je korang nak beli kat sini. Sedap jugak. Takda lah downgrade sangat pun.


Inilah yang aku makan untuk dinner last day dekat Krabi ni, First kedai dekat street food tu. Murah okay makanan dekat area sini... Nak kata sedap sangat. Tak jugak. Tapi sama macam yang aku cakap pasal air tu. TAKDA LAH DOWNGRADE MANA PUN. Still boleh lah makan!

Harga dinner 3rd day - 50 bath

Ini Fahmi. Kami jumpa masa tengah dinner.
Ini kawan UITM aku... Takleh bla betul, dok sembang dengan dia kat Instagram, dia cakap ada dekat Krabi jugak. Last-last boleh pulak jumpa. HAHAHA


Waiting for Ain, dia dah hilang mana tah pergi shopping. HAHA. Sabor jela. Aku lak masa ni tengah sakit perut lepas makan dinner. Tak tahu salah makan yang mana satu. Or maybe makan tengah gelap kot. Tak perasan ter makan apa,. Sebab dekat street food tu, tempat makan dia ada yang kena lampu. Ada yang sipi-sipi je lampu nya. So, dkt tmpt aku lah tu sipi-sipi tu. Tapi disebabkan lapar. Bantai jela.... hahaha asalkan perut kenyang.

Balik pun kami naik tuk'tuk'. Orang tu nak charge kami tinggi. Tapi last-last kami yang bayar ikut sukahati kami. KAHKAH.

#Tips - kalau nak cari tuk'tuk' korang kena pandai tawar menawar. Sebab dorang ni kadang tengok tourist memang charge gegila punya. So, its better for you guys untuk cari yang betul-betul murah. Jenjalan lah sikit. Sambil-sambil tu cuci mata tengok kedai-kedai tepi jalan tu...

Harga tuk'tuk kami - 240 bath (pergi balik)
untuk 4 orang okay.

Total third day: 1278 bath

Breakfast: 20
Elephant trekking: 900 + 33 (tips)
Dinner: 50+35+30
Transport malam: 60
Souvenir: 150

Thank you so much for reading !
written by azleenfarahim


No comments:

Post a Comment