Krabi Trip - 4 day #krabixsonois

Assalamualaikum w.b.t wahai pembaca belog semua.

Jom continue dengan last day saya di Krabi.
20/8/2015

Disebabkan flight kami pada pukul 7.55 a.m waktu Krabi.. Kami telah deal dengan BroTaxi yang hantar kami ke 3 bees on the first day untuk amik kami di 3 bees pada pukul 6 pagi. Dia cakap nak hantar kawan dia...

Seperti biasa, janji melayu.. Kami lambat sikit dalam 10 mins. Dan rupa-rupanya kawan BroTaxi tu dah tunggu dekat depan 3 bees dah. Mula-mula macam awkward je dengan di. Sebab bro tu pun tak banyak cakap. But then lama-lama dia macam mulakan sembang jugak. Tanya bila nak datang lagi lah apa lah. But, ok lah. Baik orang nya.

Masa deal ngan BroTaxi haritu dia tanya berapa kami nak bayar.. Then tawar punya tawar, dia cakap boleh lah 500 bath untuk dari 3 Bees ke Krabi Airport. So, around 125/person. Tasa n Ain cakap, okay lah tu... Kalau dari Selayang ke KLIA pun almost seratus kena bayar sorang. Ni dalam belas-belas tu okay lah tu... So, aku pun okay kan aje. Sebab iols tak buat research, depa yang buat. So percaya jelaa.. Takleh nak ada trust issue okay kat situ. HAHA

Kami sampai awal, so melepak lah dekat sini dulu..

Gambar sebelum Perfume Victoria Secret Tasa limited edition di tahan di Imigresen Krabi sebab botol tulis quantity amount 125 ml eventho' quantity dalam tu tak penuh. 

#Tips - Pastikan any botol or container yang korang bawak yang mempunyai liquid tertulis nya amount 110 ml kebawah. Sebab kalau tidak, korang akan mula memvavi-vavi kan imigresen sana sebab mereka tanpa belas kasihan amik barang kesayangan anda itu.

Muka sudah sunburn bro. Takleh buat apa bro.
Sesampai di KLIA 2 selepas 1 jam perjalanan dari Krabi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Ingat lagi tak yang aku cakap kaki zety terpeleot masa dekat Maya Bay? Haaaa. Masa kami turun dari flight tu... Ada buggy ni. Aku cakap ngan zety, jum lah naik sebab kesian dgn dia yang terengkot rengkot berjalan tu. Tapi sebab kan EGOnya.. Tak nak. Poyos je. Katanya "Biar lah. Bagi orang yang lebih memerlukan. Makcik-makcik ke. Kita boleh jalan lagi. Kita okay."

Tapi last-last bila pakcik buggy tu nampak zety jalan terengkot-rengkot. Dia yang offer kami naik buggy. HAHAHA Hang ingat hang gagah sangat ty??? Hehehe Alhamdulillah. Kami pun lega. Sebab beg berat bak hanggg. :D

Hello KLIA 2 !

KAMI DAH SAMPAI BRO !
Bila sampai je KLIA 2, kami terus cari tiket bas untuk kembali ke KL Sentral. Sebab dah janji ngan papa amik dekat KL Sentral.

Sampai di KL Sentral, kami laporr. So makan lah McD.. Itu je yang mampu selepas berabih dekat Krabi. hahah

Thats the end of our trip to krabi.
You guys boleh tengok gambar lain di #krabixsonois di instagram kami.


Total Fourth day: 125 bath + RM11

Transport 3bees-Airport: 125
Tiket bas KLIA 2-KL Sentral: RM11


p/s: total cost semasa berada di Krabi sahaja = 4,162 bath


Thank you so much for your time !
written by azleenfarahim

No comments:

Post a Comment