Penang Trip #1 - 22/8/2015 - 23/8/2015

Assalamualaikum w.b.t. wahai pembaca belog semua !

Harini aku nak kongsikan pula trip aku dengan my beloved #zombehhh ke Penang.
Trip ni adalah satu trip yang langsung tak ada proper plan. 
Tetiba je macam "wei, jom 21/8/15 pergi Penang."
Padahal aku baru je sampai daripada Krabi. HAHA

The journey beginsss ....

On 21/8/2015 (Jumaat) malam, kami bertolak ke Perak. Around 9 malam macam tu dari Selayang. Lalu latar sebab nak elak jem. Tapi, sembang punya sembang masa dekat tengah LATAR tu.. Boleh TER lepas simpang, sampai ke Puncak Alam. KAH !

SO, terpaksa lah patah balik.... HAHAHA. Keluar dari LATAR dah pukul 10 lebih. Kemudian Abu pun drive dengan se-ceremat-nya ke Perak... Kami bercadang untuk tidur di rumah aku di Ipoh sebelum bertolak ke Penang keesokan paginya.

Sampai Ipoh around 12 am . Letih bak hanggg... Lagi lagi si Abu and Anis yang baru balik kerja. HAHA Lagi super duper penat.

Then, we decided to tidur dekat HALL je semua. Sebab kesian lak Abu sorang. Mau tak lena dia tido tengok rumah kosong. HAHA. SEMUA DAH MINTAK IZIN FAMILY OKAY.

Since Abu with us.. Kami pun kena lah tido bertudung. HAHAHA Tak pernah pernah aku tido pakai tudung. maigad !

me and anis. I cant sleep at 4 am. Kau ghase?

This was Abu, dia letak kepala, terus lena wei. HAHA nampak tak keletihan tu?
The NEXT MORNING, AFTER SUBUH PRAYER (22/8/2015), bermula lah perjalanan kami ke Pulau Pinang.....

My friends, already visit my house !

Tengah seronok bercerita dalam kereta, huha huha semua. Tiba-tiba bunyi meletup. Kami ingatkan ada benda jatuh daripada kereta ke apa... Then berhenti di Petronas Sg Perak. Rupa rupanya Tayar yang meletop. Tekezut kami... Nasib lah orang petronas tu tolong. Tapi opkos kena bayar chuols !




Selesai je semua masalah ... Here we go agaiiinnn ~~~ Let the pictures talk, hokey?!

Abu drive all the way from Ipoh-Georgetown
Kami tak pernah naik ferry nak cross Pulau Pinang ni... So, abu pun bawak lerr.. we were soooooo excited ! HAHA



Permandangan bandar georgetown daripada atas Ferry



Sampai je kami di atas darat di Georgetown tu... Kami cari hostel yang Abu cakap sempoiii bak hang. Ryokan Chic Hostel / Ryokan Muntri Boutique Hostel nama diberi.

ihsan daripada google.
Disebabkan, check in biasalah lah.. petang. Kami sampai pulak pagi... So, orang tu suruh pergi jenjalan dulu. After lunch baru masuk dalam. Kami pun make a decision to cari makan dekat Penang and pusing-pusing dulu...

Bermula lah perjalanan kami di Lebuh Armenian

Kagum dengan uncle ni, main guna tong milo je wei. ahaha
Jumpa adik beradik ni, depan uncle tu main drum.
Apabila vandalism berleluasa. Macam ni lah, art pun jadi mangsa. Haih... Apalah nak jadi dengan orang sekarang ni....

By the way, art ni dah dipulihkan kecacatan dia. Don't worry.. be happy !




we found our ais kepal




berehat sebentar setelah meredah panas terik.








If korang nak cari art dekat dinding ni semua, korang pergi lah pusing dekat bandar georgetown tu. Dia bersepah-sepah. Sakit gak lah kaki kami nak mencari nya sebenarnya. HAHAHA


Then kami pun pergi lah makan di Restoran Hameediyah yang konon nya femes angat. Atara review yang bagus lah... Tapi apabila kami sampai sana. Speechless. DAH LAH RAMAI. KENA BERATUR PULAK TU. PASTU TAK SEDAP. CAIR. TAK RASA DIA PUNYA KARI.

Yang tak boleh bla nya, Anis punya makanan.. Nasi berlauk dia.. orang tu tulis RM5. Pastu air dia sepatutnya RM5 tapi dia tulis RM6. Tiba-tiba pergi dekat kaunter. Nak clarify things lah kan. Cakap yang air sepatutnya RM5 je.. But then, cashier tu boleh tukar.. Cakap sebenarnya nasi tu RM6, and air tu RM5. What theeee ??

Dah lah tak sedap, pastu kau nak tukar harga macam tu je? Hang tu dah lah our first stop untuk makan dekat Penang tu.. Tetiba macam ni pulak jadinya. You gave us bad first impression ok !

Our first day lunch. Tak sedap.
Tak sedap sampai kami tak habis pun nasi dekat situ walaupun lapar terlampau. Sorry, that is what you guys serve us. So, this is my review about your quality of food.

After lunch.. We continue jalan-jalan area hostel kami sebelum check-in... Then rupa-rupanya upside down house dekat je ngan hostel kami... With student card, we paid RM11






i did the flip. Now i'm at the top of  the bookshelf. how am i gonna go down??!!

Babe, i need my make up !

Why are we keep floating?


are we falling upside down?

This is what we call matrix !

Anis is sooo cool !

terjunan ke dalam lobang tandas.
Abu do the handstand bebeyh
its the laundry time!
huntung lah, guna monopod boleh do the handstand
spiderman is coming to your bed.
even we are floating, housework must be done
Then, we go check - in.... 

Since aku dengan Anis malas nak amik dorm, sebab nanti kena kongsi toilet dengan orang lain, kami pun amik lah 'suite' di bawah. RM160/night.

Actually RM158, tapi RM2 tu Penang punya govt tax. Depa cakap memang Penang ada letak tax sendiri. Kami pun, ye kan aje ler...

Bilik kami ni terletak di first floor.



Yang bawah ni pula 'dorm' Abu.. Toilet dia kat luar dari bilik lah. Campur dengan orang lain tapi. RM50/night. Seperti biasa, ada govt tax mereka. RM 1. So, sebenarnya bilik ni RM49/night.

Situated at the second floor in Ryokan.



Sesudah check in. Kami bergelimpangan dahulu didalam bilik. Sampai lah dah malam sikit... Kami pergi hangout di.....

ihsan google.

RM18/person adalah minimum harga untuk lepak dekat cafe ni.


kucing diasingkan.





Nama-nama kucing yang ada dekat cat cafe ni.
foods that i ordered - RM19.60







Si kuat tido. Tak bangun-bangun,. geram betul.
Cat cafe ni, biasa je... Kau tak boleh makan sambil main dengan kucing, makanan tak boleh masuk tempat kucing... So, kena gi main kucing after makan or vice versa.

After that, kami pergi persiaran gurney... Dok cari parsemboq yang femes lah konon nya...


This is the femes pasembor menari
pilih pilih pilih. Tak pernah beli pasemboq. So, amik je mana yang nampak sedap.
Dan akhirnya pasembur itu berharga RM 28.
 Dan review pasembur itu adalah .... Tak sedap. Serious. Kuah dia rasa pelik. Aku rasa kuah kat pasar malam lagi sedap. Tak paham kenapa orang sanggup beratur dekat situ...

Kami kongsi bertiga okay pasembur tuu.. Tapi tetap tak habis. Sotong dia keras, liat dan rasa macam boleh throw out balik bila makan. Haih. I don't know lah macam mana orang boleh makan macam tu.

Or maybe time yang kami pergi tu, dia bad day sampai kuah tak sedap, makanan dia pun like dah lama. Hmm


rojak ini sedap.
So, lepas makan pasembur... Abu cakap, we should try this rojak. Then, he bought it... Kami pun kongsi bertiga. OK. YANG NI SEDAP. SERIOUS. Tak menyesal tunggu sampai dia bukak. hahaha

After 'dinner' tu... kami pun terus pulang ke hostel untuk merehatkan badan.. Sebab esok nya kami banyak lagi tempat nak pergi. hehe

Thats the end of our first day.

Thanks for reading !
written by azleen farahim

No comments:

Post a Comment