#umrahpertamaku MHCHTD25FEB / MH25FEB

Assalamualaikum wbt.

[Dalam entri kali ini aku hanya akan tulis macam summary jela. Next-next entries, akan ada setiap detail (in shaa Allah) mana yang aku ingat akan diceritakan.]

Harini aku macam terfikir nak tulis tentang pengalaman aku di Tanah Suci kita, Madinah-Makkah. So, as we all know.. Tempat tersebut merupakan tempat yang 24 hours sebuk dengan orang islam menjalankan ibadah mereka. Aku bersyukur sebab dapat kesempatan untuk ke tempat tersebut walaupun di taja mama. hehe

So actually aku pergi dengan mama and abang. Papa tak pergi sebab ada masalah kesihatan. Agency yang mama pilih ialah Andalusia. Yela, agency ni yang paling femes kan kalau bab melakukan umrah selepas tabung haji.

Kalau pasal macam mana nak daftar and berapa harga semua tu, boleh lah pergi sendiri di agency yang ada menyediakan pakej untuk menunaikan umrah. Yang paling murah dan boleh dipercayai bak kata ustaz saya ,  RM 5,000 ke atas sebab kalau bawah dari situ.. macam tak masuk akal. Tiket flight je dah berapa and sewa hotel, sewa bas untuk bawak korang berjalan, harga beg yang korang dapat etc. Most importantly, pastikan korang duduk dekat hotel mana. Tanya mereka korang duduk hotel mana dan research tengok berapa jauh jarak antara hotel dengan masjid. Kalau jauh sangat ada yang tido kat masjid je jawabnya. HAHA.

Aku akan cuba point out the important things jela ye dalam ni, untuk para bakal hajjah & haji. (okay, orang kat sana semua dia panggil hajjah n haji. takda puan ke tuan ke apa ye. so jangan perasan korang dah buat haji pulak kalau setakat pi umrah. pui.)

Kami bertolak dari Malaysia pada pukul 12.30 tghari pada 28 Feb, 2016. Dan bertolak kembali ke tanah air pada pukul 6 ptg (waktu arab saudi) 7 March, 2016 dan sampai malaysia pada pukul 7.40 pagi (waktu malaysia) 8 March, 2016.

Perjalanan kami :

Malaysia - Madinah - Makkah

  • KLIA ke Airport Madinah - 9 jam
  • Dari Madinah ke Makkah naik bas - 5 jam
  • Dari Makkah ke Airport Jeddah (Terminal Haji) - 2 jam
  • Airport Jeddah ke KLIA - 8 jam
Barang yang perlu di bawa :

Selalu nya list barang akan disediakan oleh agency lah. Tapi alang-alang aku dah tulis ni.. Meh lah cerita sikit.

    • Jubah is a MUST. - kalau untuk para jemaah wanita. its up to you nak bawak berapa. tapi selalunya sehari satu baju kau akan pakai. sebab kau takan sempat nak tukar baju bila dah asyik pergi masjid. Jemaah lelaki selalu nya ulang-ulang je baju dorang tu. Sana korang boleh nak basuh baju sendiri or nak hantar dobi. Dobi dia, harga ikut helai. Tengok berapa tebal baju kau. And selalunya jubah : 10 riyal / sehelai. Di Madinah memang susah nak jumpa dobi selain bangla hotel yang basuhkan. Di Makkah ada dobi luar, tapi kena pandai cari di celah-celah kedai shopping. Dekat area hotel aku, ada jugak tapi tersorok.
    • Tudung labuh kena lah ada. Jangan lah korang nak pakai tudung senteng korang buat ala-ala keyel pulak dkt sana. Sebab kita selalunya akan terus solat kalau singgah dkt memana. So dengan tudung labuh, kan dah terus menutup aurat dan boleh terus solat.
    • Telekung mungkin hanya digunakan di hotel sahaja. Mini telekung yang kau akan lebih gunakan sebab lebih senang dibawa sebab dia takda kain. Aku kalau kemana-mana mesti simpan mini telekung dalam beg untuk preparation lah. Lagipun mini telekung tak tebal sangat.
    • Stokin tawaf kena ada sebab masa tawaf dengan saie tu takan nak pakai stokin biasa je? stokin tawaf tu macam kasut lah kau boleh pakai dalam masjid. Masa saie tu, tapak kaki kau akan cramp sebab lantai sejuk. So, its better bawak kasut/stokin tawaf yang tebal untuk keselesaan.
    • Tasbih tujuh. Untuk kegunaan tawaf dan saie. Ramai ustaz tak mengalakkan guna yang click counter tu sebab nanti bila tak perasan kita akan terclick bila tengah ramai-ramai orang tu. (Tasbih ni korang boleh cari dekat madinah pun. 2 riyal/seutas)
    • For all reminder , dekat sana tak ada iron / streka. Tapi tak tahu lah hotel korang macam mana kan? Hotel aku memang takda. So, tak perlu lah nak bawak baju yang memerlukan korang iron ke apa. Tudung pun kalau boleh bawak yang terus boleh pakai. Takpayah nak tunggu iron whatnot.
    • Kalau korang ada nampak dalam list nak kena bawak baju berzip tu... Untuk aku, tak berguna pun.. Sebab aku just letak duit dalam beg sandang yang andalusia bagi tu. TAPI KENA BERJAGA-JAGA LAH. Pickpocket kat sana professional. Lagipun it is hard for us masa nak bayar barang tu tetiba nak seluk tangan dalam baju. Kat dada pulak tu -.-
    • Botol spray air wudhu'
    • Socks & Hand socks (Stokin kaki & tangan) - Hand gloves tu aku rasa tak perlu pun kot. Melainkan korang nak naik gunung hirak nanti sebab korang mungkin nak berpaut dekat batu-batu or hand rail yang ada tu.
    • Untuk naik gunung hira, di suggest kan : Seluar track, baju lengan panjang labuh and loose, kasut yang tapak tak licin (tak kisah lah kasut sukan ke selipar ke)
    • Nosk - yang ni untuk air filter. beli lah dalam 1 ke 2 pack. sebab dalam satu pack tu ada 2 nosks. yang ni korang boleh gunakan masa nak buat umrah. Sebab umrah kan tak boleh nak tutup muka. So korang tak boleh nak pakai face mask.

Itu lah antara benda-benda yang penting aku rasa korang mesti ada. yang lain tu... Macam biasa jela. Toiletries , pakaian dalam , beg nak letak kasut etc. itu boleh tengok lah dalam list dia.

Hotel yang aku duduk :

Madinah : Mawwadah Al-Waha 
Makkah : Haneen Al Firdaus.

Berapa meter ? Aku pun tak sure lah. But, dua dua walking distance untuk ke masjid. Takpe lah jalan banyak sikit. Kan berjalan kaki ke masjid pun dapat pahala? ye dokk?? ;)

So lets move to the starting of the journey okay? Move to the next entries.

p/s: Sorry if some of the entries mungkin lambat update sikit. Sebab saat ini [pada pukul 2petang 13/3/2016] dah hari ke 5 aku pulang dari Tanah Suci, baru baik dari demam dan sekarang suara pun dah hilang sebab perubahan cuaca dan ke-excited-an untuk bercerita tentang pengalaman yang tak dapat dilupakan dekat sahabat-sahabat di rumah dan di tempat kerja. BEST. itu je mampu cakap.

No comments:

Post a Comment