Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Instashop / Mencari Kerja Kosong - Ijazah Perakaunan

Assalamualaikum w.b.t wahai pembaca blog.

Hari ini aku announce dekat sini bahawasanya aku telah membuat satu akaun instagram ataupun lebih 'glamer' instashop.
Disebabkan aku ni jenis tak boleh duduk rumah tanpa buat apa-apa... makin lama ia makin bosan.

Aku mendapat idea untuk mengemas almari. Dan aku dapati almari aku yang telah padat dan sendat dengan baju-baju itu semua sebenarnya.... MEMPUNYAI BANYAK BAJU YANG AKU DAH TAK PAKAI.

Mostly aku pakai sekali dua. ATAUPUN LANGSUNG TAK PERNAH PAKAI.
SEBAB?
  • Aku sudah membesar a.k.a kegemokan melanda
  • Baju tu sudah sejak azali kecik masa dibeli
  • Baju tu zaman aku freehair (seksi lah kot)
  • Aku makin dewasa dan baju-baju itu tidak sesuai untuk dipakai
So, korang paham kan perasaan bila, kita nak bakar baju tu kita sayang. Nak bagi dekat rumah anak yatim pun, macam tak sesuai. (plus i don't know kat mana rumah anak yatim terdekat yang terima baju-baju sedekah)

Oleh itu, sila lah menjenguk jenguk di instashop saya dan cuci-cuci lah mata anda.
 
AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA
@prelove_sales


Sila lah melawat @prelove_sales !
Do visit @prelove_sales !
@prelove_sales
@prelove_sales

Sampai disitu je tentang instashop yang aku buat. Now kita pergi a bit formal. Tapi takda lah formal sangat pun.. Hahaha

Well actually saya tengah cari kerja yang berkaitan dengan perkaunan disebabkan saya baru je lepas dapat result final sem DEGREE IN ACCOUNTANCY February lepas. So, dah apply few tempat tapi tak dapat call lagi.. Oleh itu, menganggur lah saya dirumah ini.

Saya ada pengalaman dalam bidang tax di sebuah audit firm selama 6 bulan. Yelah, praktikal lah katakan.. So, lepas habis belajar ni, saya rasa macam nak menceburkan diri dalam bidang perakaunan. Literally wanting to learn doing account in real working life. Experience is what i'm searching for. Kalau ada company yang provide training untuk lepasan ijazah seperti saya ini, saya nakkkkkkkk sangat jadi one of your family members.

I need opportunities to gain experience. I want to start my career with something that shows me accounting is not a boring field to learn..

That's all for tonight i supposed ?

Thank you for spending your time reading these.


Written by Azleen Farahim

Kegembiraan dalam kesedihan.


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama aku tak menulis. Tiba-tiba malam ini aku mempunyai kesempatan untuk mecoretkan sesuatu disini.

Alhamdulillah, Setelah aku bertungkus lumus di Semester 8 sebagai pelajar Perakaunan di UITM Puncak Alam. Aku berjaya bertahan sehingga ke penghujung. Dimana pada hari 14 Jan, 2015 pada pukul 12 tengahari, aku meletakkan pen setelah diberitahu TAMMAT nya peperiksaan semester akhir ku. 

Aku gembira apabila tamatnya ia......

KERANA

  1. Aku tidak lagi perlu memikirkan tentang assignment, kehadiran ke kelas, kerja rumah dan peperiksaan.
  2. Aku boleh berehat sepuas-puasnya.
  3. Aku boleh mencari wang untuk menyara diri sendiri tanpa mengharapkan lagi wang daripada kedua ibu bapa ku.
  4. AKU BEBAS !


Namun, aku tidak begitu gembira dengan pengakhiran itu.....

KERANA


  1. Peperiksaan kali ini bagi ku TERAMAT susah, Namun ku harungi juga, berusaha hingga ke penamat. Keputusannya? Wallahualam. Aku redha dengan apa yang bakal aku dapat nanti. Bak kata orang; Kita dah berusaha. Sekarang tiba masanya kita tawakal kehadrat Illahi. Dan akhirnya kita kena Redha dengan segala ketentuan-Nya.
  2. Aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku. Kami sudah mengenali antara satu sama lain semenjak berada di UITM Puncak Perdana, Disitu lah bermulanya perkenalan kami kerana sama-sama mengambil kursus Diploma Perakaunan. Tambah tolak, lebih kurang lima (5) tahun perkenalan. Dengan tamatnya semester ini, bermakna kami akan berjauhan dan seterusnya semua membuat hal masing-masing.
  3. Setiap pengakhiran, akan berlakunya suatu permulaan. Disini lah permulaan aku untuk menghadapi dunia luar. DUNIA REALITI. Dimana belajar erti mencari pengalaman, mencari wang dan mencari rakan yang baik. Di dunia realiti ini penuh dengan tipu helah. Penuh dengan pengkhianatan. Penuh dengan propaganda. Oleh itu, mampukah aku terus bertahan di dunia ini? Wallahualam. Aku cuba. AKU CUBA.
Sekian.

Sem Lapan

Dah almost 2 bulan aku belajar di UITM Puncak Alam.
Pertama kali datang sana, aku macam excited sangat sebab aku sangat suka 'nature' ni.
Aku dapat duduk di Hostel Rafflesia. Berdekatan dengan 'tangga kejayaan'.
Pemandangan dari bilik aku ... Bagi aku lawa lah.


and bilik pun SELESA sangat !
Cuma , biasa lah kawasan 'hutan' ni kan... serangga seperti 'charlie', kumbang, ulat terbang, tu perkara biasa dijumpai.



Tapi, apabila dah lama sikit kat situ... Aku mula rasa kurang selesa. Sebab nak pergi and balik kelas kena naik dan turun tangga. 'Tangga kejayaan' ITU ! Ni half way je dari yang sebenarnya ye kawan-kawan.


Ya, memang ada bas yang disediakan tetapi, bas rapid, dimana setiap kali kau guna bas tu kena bayar RM1

2 kali sehari naik bas tu.
23 hari sebulan.

2 x 23 = RM46 / month

46 x 5 = RM230 / sem

So, approximate RM230 kena spend on naik bas sahaja satu sem . 

Then, cafe dia agak mengecewakan apabila cafe Rafflesia tak banyak yang buka. And most importantly malam dia tak buka. Sebab yang kat situ yang jual nya utk makan tengahari. So malam kami kena pergi ke cafe Angsana which is far away from our hostel. Cafe tu dekat dengan hostel lelaki. So, bila 3 hostel menuju ke 1 cafe.... Apa yang akan belaku ? Haa fikir lah sendiri.

Dulu aku pernah juga datang Palam ni sebelum masuk, sebab sepupu aku ramai dekat sini. Tapi masa tu.. Rasa macam lega walaupun semua tempat jauh, tapi YANG PALING PENTING, MAKANAN SENANG NAK DAPAT !

Yang paling mengecewakan aku tu jela. Pasal makanan.

So, sekarang ni.... Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan di palam tu. Aku terpaksa lah keluarkan SEDIKIT duit untuk pergi balik dari fakulti ke hostel. Then pasal makan malam tu..... Redha jelaa.. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tak.

Okay, pasal fakulti pula. Aku sekelas dengan hannis ! Kelas A . Yang takleh bla, aku ni dari diploma sampai degree kelas A-B sahaja. Hahaha mcm takleh 'move on' ke kelas lain je. Tah hape-hape je kann. HAHA


And this is my new housemates plus classmates. HEHE


This is my current housemates. Qila hilang dengan suami masa ni. HAHA


p/s : Sila ignore muka berminyak itu sebab ni gambar first day masuk hostel and lepas kemas bilik. hehe

Okay, tu je nak cerita dekat blog hari ini. Aherrherr..

written by AzleenFarahim

Continuing.....

Assalamualaikum...
hihi maaf dah lama tak post..
Sebab haritu busy kerja , now i have some time ...
So, it's time for me to update something here =)

Actually we (the housemates) cadang nak buat macam vacation lah sebenarnya..
Sebab setelah lamaaaaaa berhempas pulas mengabadikan diri kepada buku sepanjang study week and the exam week, kami bercadang untuk memberi 'reward' lah sikit dekat diri sendiri...

But , one of the housemates kata tak boleh lah itu lah ini lah sebab katanya nak kerja masa cuti sem tu..
And and kebetulan birthday dia dah dekat ...
So, kami pun bercadang lah pergi ke Paroi buat surprise party untuk makcik sorang ni =)

Moh le tengok gambar je... Dari gambar, saya cerita sikit-sikit okay ?

FIRST DAY ..

21st Jan 2013

Ini saya dan Erin dalam KTM ..
From KL Sentral to Seremban.

Hannis from Bangi to Seremban. (by KTM)
Aimi from Rembau to Seremban (driving)
Lixa from PD to Seremban (ayah dia hantar)

So , from KTM Seremban , Aimi amik kitaorang and terus ke JayaJusco Seremban ...
And aku pulak dok sembang dengan si Mira ni (the birthday girl) tru' BBM ,
Bajet macam aku dekat pejabat papa kebosanan apa bagai lah...
Hihihi MAAF YE MIRA.

Yang ni , kami semua berada di Johnnys ...
Tempat yang buat surprise tu...
Mak Mira yang bawak mira dalam kedai ni...
And orang tu menangis bila dapat phone call dari Angah dia..
Sebab angah dia takda , and kami komplot dgn angah dia.
^__^


Orang tu dapat hadiah dari kami semua...
Dia ni suka kasut wedges. hihi 
Tengok muka dia lepas dapat hadiah. haha


So , after the 'surprise' kami pulang kerumah Mira...
Then Mira pula bawa kami jalan2 di Negeri Sembilan tu.. hihi

Kedai Nasi Arab yang dia selalu makan.

 Apa nama tempat ni ? Kawasan belia kot ? Tempat beriadah lah..

 
Jamuan sikit-sikit untuk Mira pada malam hari..
Hidangan semua sponsor keluarga Mira.
HIHIHI

SECOND DAY ..

22nd January 2013


Sebelum bertolak ke next destination ,.. 
Bergambar dulu depan rumah Mira. hihi
Kami culik Mira .. Dia tak tahu kami nak bawa dia kemana ....
So, dengan rela nya .. dia ikut jela.. haha

"Ostrich Farm"


 "Muzium Tentera"





Di tempat pengambaran 'Aku Terima Nikahnya'


Singgah di rumah Lixa malam tu... 
So, kami pun berGambar "raya" di sana ...

THIRD DAY ..

23rd January 2013




 
Going to "Wet World Water Park Pedas"..


Infront of Aimi's hometown ...


We are going back to KL ...

Infront of Hannis's house =)
Hantar dia balik ....
Dah malam dah masa ni...
THEN ,
Aimi hantar Erin balik , kemudian aku ...
Thankyou Aimi for the 'transportation' hihi...

So , actually it was awesome !
Orang cakap, selalunya pekara yang dirancang ni tak menjadi..
So trip ni sebenarnya cakap-cakap je mula-mula..
Malam before pergi tu baru betul-betul confirm kan..
Haa and ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar...

p/s : Cuma sedih sikit sebab nak try makan cendol tu, kedai tu tutup =(
Tapi takpe lah. hihi... Next time insyaAllah pergi lagi...

-TAMMAT-

written by AzleenFarahim

LOVE.

Assalamualaikum.

Ini untuk permulaan. Nanti saya akan update yang lain-lain ye =)




UiTM VS KKK

maaf sebab dah lama tak update , berabuk sudah belog ini.

maaf ! maaf ! maaf !
[style nabil RL]

HARI INI AKU AKAN UPDATE 2 ENTRY .

sekarang , kita mula dengan Perlawanan Bola Uitm.
aku sebenarnya tak tahu sangat , tapi disebabkan pelajar uitm yg ambil koko semuanya diWAJIBkan pergi ,
so terpaksa lah kan -_____________-"

benda tu start kul 8 mlm , tapi kami semua kena berada di sana pukul 5ptg.
bila sampai , semua kena berkumpul .
RAMAI GYLA! aku tak naik bas , aku naik kereta dgn Lixa , Qila , Ijat and Acap.
housemate aku yang lain naik bas.
dorang cakap bas yang bawak dorg, banyak gyla. rasanya 18 buah lah. di escort oleh polis lagi. cool en ? waaaa . aku pun teruja dengar. huahuahua

then sesampainya di sana , kami kena SENAM EROBIK. nak tahu sape yang jadi penunjuk ajar ?
kawan aku and qila punya kakak. tapi kawan aku ada jugak , si Sarah Anisa !
lama tak jumpa , tetiba nampak dia kat sana. T____T

So around 8pm , perlawanan pun bermula..

UITM VS KKK
[Universiti Teknologi MARA VS Kolej Komuniti Kedah]

yang merah tu UITM , yang kuning tu KKK


 
excited nya yang belakang tu ? HAHAHA 
Audience dia ramai SANGAT !
berapa UITM entah yang datang T__T

disebabkan dua-dua penjaga GOL sangat KUAT , mana-mana pun tak dapat masukkan gol .
kesian kan ?

Oleh itu bergantung kepada penalty lah , and WOOOWWWW!!
UITM WON ! !


 para pemain berlari ke arah kami , memang menjerit-jerit lah semua kan.

flare di pasang ..

best gyla okay ! :)

Pemain TERBAIK untuk KKK , Muhaimin Mohamad

Penjaring TERBANYAK untuk UITM , Jazrin Jazni

Thanks for the penyorak yang sangat cool !
korang nyanyi lagu macam-macam sampai aku rasa dah boleh buat satu album ! 
korang RAWK lah =)

kepada semua pemain, korang sangat hebat !
sangat tidak menghampakan kami yang beriya yang sebenarnya di paksa datang ..




written by azleenfarahim




ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI :