Kegembiraan dalam kesedihan.


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama aku tak menulis. Tiba-tiba malam ini aku mempunyai kesempatan untuk mecoretkan sesuatu disini.

Alhamdulillah, Setelah aku bertungkus lumus di Semester 8 sebagai pelajar Perakaunan di UITM Puncak Alam. Aku berjaya bertahan sehingga ke penghujung. Dimana pada hari 14 Jan, 2015 pada pukul 12 tengahari, aku meletakkan pen setelah diberitahu TAMMAT nya peperiksaan semester akhir ku. 

Aku gembira apabila tamatnya ia......

KERANA

  1. Aku tidak lagi perlu memikirkan tentang assignment, kehadiran ke kelas, kerja rumah dan peperiksaan.
  2. Aku boleh berehat sepuas-puasnya.
  3. Aku boleh mencari wang untuk menyara diri sendiri tanpa mengharapkan lagi wang daripada kedua ibu bapa ku.
  4. AKU BEBAS !


Namun, aku tidak begitu gembira dengan pengakhiran itu.....

KERANA


  1. Peperiksaan kali ini bagi ku TERAMAT susah, Namun ku harungi juga, berusaha hingga ke penamat. Keputusannya? Wallahualam. Aku redha dengan apa yang bakal aku dapat nanti. Bak kata orang; Kita dah berusaha. Sekarang tiba masanya kita tawakal kehadrat Illahi. Dan akhirnya kita kena Redha dengan segala ketentuan-Nya.
  2. Aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku. Kami sudah mengenali antara satu sama lain semenjak berada di UITM Puncak Perdana, Disitu lah bermulanya perkenalan kami kerana sama-sama mengambil kursus Diploma Perakaunan. Tambah tolak, lebih kurang lima (5) tahun perkenalan. Dengan tamatnya semester ini, bermakna kami akan berjauhan dan seterusnya semua membuat hal masing-masing.
  3. Setiap pengakhiran, akan berlakunya suatu permulaan. Disini lah permulaan aku untuk menghadapi dunia luar. DUNIA REALITI. Dimana belajar erti mencari pengalaman, mencari wang dan mencari rakan yang baik. Di dunia realiti ini penuh dengan tipu helah. Penuh dengan pengkhianatan. Penuh dengan propaganda. Oleh itu, mampukah aku terus bertahan di dunia ini? Wallahualam. Aku cuba. AKU CUBA.
Sekian.

No comments:

Post a Comment