#2 Umrah

26 February, 2016

Jom sambung balik jalan cerita kita. Pada hari kedua kami di Madinah pulak. Setelah solat subuh di hotel, terus lah bangun sarapan pagi dan bersiap sedia di lobi untuk melakukan Ziarah Dalaman.

So kami pun ikut lah ustazah .. Biar lah gambar yang berbicara dulu okay ??

Pabila diriku dapat menjejakkan kaki di masjidil Nabawi, Madinah.
Selfie dulu sebelum bermulanya segala-galanya.
Ruang legar masjidil Nabawi dari pintu masuk kami. Pintu 15.

Dengar ceramah after solat tahayatul masjid.
Ustazah suruh bertenang sambil menunggu. Sebab dalam tu ramai orang. 
Pintu masuk nak ke Raudhah.
Sebelum masuk, sila baca doa untuk permudahkan dan doa doa yang ada dalam buku panduan kita tu okay ? Banyak-banyakkan bersabar dan bertawakal kepadal Allah.

Dalam Raudhah. Muka selepas berperang untuk solat dalam tu.
Pack orang tu hanya tuhan je tahu. Dengan tolak, dengan tarik. Semua orang berperang untuk solat di dalam kawasan raudhah. Dimana kawasan Raudhah adalah karpet warna Hijau. Karpet warna Merah pula hanya masjid biasa.

well actually , karpet hijau tu daripada Masjidil Haram, Makkah Al Mukarammah. Kalau kau pergi dekat Makkah, sejadah a.k.a karpet dorang warna hijau sebenarnya.

Masa tengah solat orang lalu lalang. Dengan ada yang langkah masa sujud. Semua tu, kita hanya bersabar dan bertawakal je lah ye. Itu adalah perkara biasa.

But alhamdulillah dapat jugak aku solat hajat 2 kali solat taubat 2 kali dalam tu.

Pintu keluar Raudhah.
Bersama ustazah selepas keluar daripada Raudhah. Sebab dalam Raudhah kami dah berpecah.
Tak tahu dia ke mana. Kami kemana.


Menunggu jemaah lain untuk memulakan perjalanan ke perkuburan Baqi'


Dalam perjalanan nak ke Perkuburan Baqi' di bawa oleh Ustazah
Tapi sesampainya kami di perkuburan Baqi' kami hanya duduk di tepi dinding yang tak nampak apa langsung dan terus mengadap dinding tu dan berdoa. Tak puas betul masa tu. Sampai aku ingatkan tu akuarium apa lah yang kiteorg mengadap tu sebenarnya. HAHA.

Tunggu Solat Jumaat.
Di Makkah dan Madinah, solat jumaat juga dihadiri oleh orang perempuan. So balik tu tak payah lah nak solat zohor pulak ye. Tu kira solat zohor jugak. Don't worry.. Memang itu caranya.

panorama view. Klik untuk besarkan.

cantikkan payung dia ? Amazed gila tau tengok.


ruang legar masjidil nabawi.


Bawah kubah hijau tu lah terletak nya Makam Nabi kita. So kalau dari luar, nak tahu kedudukan Makam nabi, dorang cakap tengok kubah je. Masa Ziarah Wada' pun, aku dengan mama duduk tepi doa situ je. Nak masuk dalam, memang takdapat lah.

Btw, Kubah hijau tu sebenarnya ada sejarah dia. Ada satu jenazah atas tu. Kalau korang perasan ada bongol sikit dekat atas kubah tu sebenarnya jenazah yang tak dikenali tu lah.

Mengikut apa yang abang cerita daripada apa yang mutawwif dia cerita, orang tu cuba nak musnah kan masjid dan kena sambar petir atas tu. Dan mati dekat situ dan terus dikebumikan dan di makamkan di atas tu.

Perkuburan Baqi'. Dapat tengok dari luar je. Itu pun sampai panjat tembok. Gigih chuols.
dalam perkuburan baqi'

construction di luar Masjid Nabawi

Masjidil Nabawi

Pemandangan senja di Masjid Nabawi.

So selepas buat sendiri ziarah dalaman dalam masjid tu, aku dengan mama pun beriktiqaf di masjid. Ada lah jumpa sorang kakak tu dengan mak dia. Memang selalu terserempak dengan dia. Selalunya duduk dalam masjid, sebelum aku mulakan dengan baca AL-Quran , aku akan sembang dengan dia dah shopping ke belum. HAHA. Siap bertukar-tukar idea untuk tempat shopping. ^^,

P/S : Dalam Masjidil Nabawi dengan Masjidil Haram, akan ada banyak Al-Quran wakaf. Kau boleh lah nak baca Al-Quran tu. Or bawak sendiri. Macam aku, aku bawak sendiri sebab Al-Quran aku ada translation, so alang-alang tu aku baca terjemahan dia. Jadilah macam baca buku cerita. Seronok tahu tak? Orang dekat sana, memang baca Al-Quran sampai terbaring-baring. Macam baca buku cerita je. So korang jangan lah terkejut sangat okay ?

P/S/S: Tak payah lah nak tegur kalau nampak benda pelik-pelik berlaku dalam masjid tu. Sebab Islam ni kan universal, cara dorang solat, cara dorang baca doa, cara dorang bersembang memang lain daripada yang lain. Oleh itu, SABAR je la okay ?

Habis lah hari kedua saya. Tunggu next entri okay ? Letih tau nak fikir ayat untuk menulis dalam belog ni. HAHA sabar itu kan sebahagian dari iman. =D

Love, AF


No comments:

Post a Comment