#3 Umrah

Assalamualaikum.

Dah lama tak update belog ini. Okay, marilah kita teruskan dengan hari ke tiga saya di Madinah..


Hari ketiga ni ustaz cakap kita ada ziarah luaran pulak. So, aku sangat excited. Sampai tak tahu nak pakai baju apa. HAHA aku bawak baju kurung dari Malaysia. Konon nak iron lah. Tapi iron takda kan, so konon nak guna cara budak asrama nak letak baju bawah katil and esok nya elok je baju dah ter'iron' tapi last-last bangun tengok baju masih keronyok macam tu jugak. Then i gave up, aku pakai je jubah yang ada. HAHA actually mcm tak selesa jugak lah, sebab jubah aku semua yang cutting badan. Susah lah nak solat kalau macam tu kann.. Tapi itu je yang ada... So nak buat macam mana.

So, hari ini, kami akan pergi menyinggah :
  • Masjid Quba
  • Masjid Qiblatain [Tunjuk je, tak singgah pun]
  • Masjid Tujuh
  • Ladang Kurma
  • Jabal Uhud
  • Bukit Memanah
  • Pasar Tamar.
So the first place was Masjid Quba, pergh, orang dekat sini. RAMAI betul. Serious. Nak masuk tu sangat lah pack. Seperti biasa polis polis dia "HAJJAH, Hajjah. atas kosong. Hajjah tarriqq." So aku pun mengambil inisiatif untuk tarik mak aku dan solat di atas. Solat sunat tahayatul masjid je. Sebab ramai sangat, tak selesa pun nak solat lama-lama kat situ. Tapi kok ye punn... Orang lain tak payah lah nak solat sunat banyak gila dekat situ... Ramai lagi nak merasa solat di situ..

Nah aku payung sikit gambar area luar masjid tuu. Dalam tak sempat nak ambil sebab banyak orangg..



Ignore that aunty yang interframe . HAHA

Kemudian, kami ke Masjid Qiblatain and Masjid Tujuh.. Tak singgah pun tempat tempat ni, sebab.... entah, tak berapa penting kot ? Well actually, masjid qiblatain ni masjid yang berlakunya perubahahan arah qiblat daripada sama dengan kaum yahudi dan nasrani iaitu di Baitul Maqdis di Utara kepada Masjidil Haram iaitu di Selatan.

Seterusnya kami melalui Masjid Tujuh. Di masjid tujuh ini pun tidak singgah sebab mutawwif cakap tiada apa yang menarik selain ianya tempat solat dan istrirehat para pejuang islam semasa sedang berperang.

Kemudian, kami singgah pula ke Ladang Tamar/Kurma. Tak besar pun ladang nye. Kecik je. Macam errr takda kurma pun yang aku boleh petik dan makan. HAHA tapi dekat dia punya kedai dalam tu, semua jenis kurma kau boleh rasa. Aku yang tak makan kurma pun aku try. Dan yang tak tahan nya, aku rasa semua SEDAP dan manis. Tapi aku tak beli pun kurma dekat sini, sebab dah tahu nak pergi pasar tamar nanti kan. Orang kata pasar tamar lagi murah. Ye ke idokk ?? hahaha







Then we move to Jabal Uhud !  Ini lah tempat berlaku nya perperangan uhud yang kita belajar masa dekat sekolah tu. SubhanaaAllah... Panjang wei. And besar. Cuba kau bayangkan macam mana berlakunya peperangan di kawasan yang SANGAT BESAR itu. And bukit/jabal tersebut berwarna merah. Dikatakan disebabkan pertempuran darah yang berlaku di atas bukit tersebut. Waallahualam.. Marilah kita sedekahkan Al fatihah untuk mereka yang Syahid disitu. ...

AL-FATIHAH .

Okay, i really gave my al-fatihah ok..

So bukit memanah dan uhud ni macam berdepan je lah. Di bukit memanah ini lah Rasulullah ada berpesan kepada para sahabat "Jangan sesekali turun walau apa pun yang terjadi." Tetapi, di sebab kan para pejuang kita ingat yang kita sudah menang, dan mereka turun untuk mengutip hasil perang, kemudian musuh pun datang menyerang dan kita pun kalah pada saat terakhir itu.. 

Marilah saya tunjukkan gambar-gambar di sana

Sebahagian daripada Jabal Uhud

Bukit Memanah

sebelum memanjat ke bukit memanah

Di atas bukit memanah, berlatar belakang kan Gunung Uhud.

Kemudian di tepi bukit memanah ni , ada perkuburan syuhada uhud di sebelah bukit memanah ini. Bau nya harum kata mereka. Tapi mungkin bagi aku peluh orang ramai di sana lagi kuat dari bau harum itu....

Perkuburan syuhada.
Ada tatacara adab dekat situ yang ditulis dalam bahasa melayu (or mungkin indonesia) . So kalau korg tak tahu nak buat apa mengadap perkuburan itu, korang boleh lah follow itu. 


kawasan dalam perkuburan. hanya ada dua kubur yang sangat panjang dalam tu..

Selepas itu, kami pun pergi last stop kami... Pasar Tamar.. Kecoh wei dia punya orang. hahaha. Bising betul. Tapi memang mcm rambang mata lah dekat situu.... Since dekat pasar ni banyak kedai yang berjual, so... mutawwif akan ajak pergi satu kedai je... sebab dia kata sini kan banyak persaingan takut ada yang kena tarik2 dengan pekedai lain... So, its up to you guys nak pi kedai mana.

So kami bercadang ikut je mutawwif, sebab malas nak fikir. HAHAHA.



Disini lah antara sebab beg yang dibawa beranak ranak menjadi banyakk HAHA.
Cuba kau bayangkan, kat sini semua jual kilo kilo, kurma sekilo , coklat sekilo buah tin lah, itu ini semua lah. 

Selalunya segala ziarah ini, mereka akan settelkan sebelum zohor sbab nak solat dekat masjid. Sempat lah nak ambil gambar berlatar belakang kan payung-payung yang CANTIK nii..

Selepas solat zohor.


muzium nama-nama Allah di sebelah Masjid Nabawi
Haa malam pun sempat lah solat dalam masjid, lepas zohor tu, balik hotel kejap, rehat then asar dkt masjid sampai isyak. HEWHEW.

Bila malam, bumbung pun terbuka. so, kita solat memang di bawah langit gituu.

Pintu masuk untuk asean people.



Klik untuk view panorama.
Itu jela apa yang aku ingat buat masa ini tentang hari ketiga aku.. Kalau teringat nanti.. Akan ku hupdate lagi ye.. hihi. Okay, let mee rest my mind kejap, nak hingat balik apa yang terjadi masa hari ke empat. =D

Selamat Petang buat masa sekarang. haha 
Terima kasih menunggu.

Love, AF

No comments:

Post a Comment