Minggu Destini Siswa

sumpah aku cakap aku tak pernah kena orientasi.
masa dekat teknik dulu pun aku tak pernah kena orientasi sebab masuk 2nd intake.
biasa lah, budak tak berapa pandai. hehe

so, apabila aku cakap aku tak pernah kena orientasi, confirm lah aku tak tahu orientasi macam mana kan?
aku dengar cerita yang orientasi ni bosan lah, letih lah, tak best lah, macam-macam.
so, aku agak suspicious bila dengar benda-benda tu.
risauu je apa lah yang akan jadi masa dekat UiTM Puncak Perdana tu nanti.

haha. sesampai sahaja aku di UiTM tersebut, semua itu hilang apabila bermulanya MDS atau dikenali sebagai Minggu Destini Siswa atau senang nak cerita orang panggil Orientasi lah.
:)

aku tinggal di kediaman Laman A, tempat tuh macam apartment.
pengetua cakap sebenarnya tempat tu banggunan yang tak siap, so Uitm ambil dan baiki untuk dijadikan kolej kediaman dan tempat pengajian para siswa dan siswi.

dalam satu apartment ada 8 orang. aku dapat bilik yang 2 orang. room mate aku budak kelantan.
nama dia Shafini. aku panggil dia Fini.
member aku Qila and Hanis dapat satu rumah dengan aku and mereka dapat satu bilik.

MDS tu bermula pada petang tersebut pukul 4 petang.
seminggu MDS, seminggu aku pakai baju kurung.
semua PM (Pemimpin Mahasiswa) memperkenalkan diri.
most of them kami semua kenal.
pelajar baru yang paling ramai di Puncak Perdana adalah course accounting *course aku ^^

jom tengok gambar :)


kawan baru :)


Hanis dan aku

Instructor dan PM senam seni

joget joget. hehe senam seni :)

back to apartment

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Housemate aku

 jalan malam


 Majlis Perpisahan dengan PM

Kak Ika
Biro Kebajikan dan Kesihatan
Abg Afiq
Biro Pendaftaran
Abg Nizam
Biro Displin dan Keselamatan
Abg Ejie
(tak ingat pula biro apa) tapi dia MC yang sangat LAWAK DAN BEST!
Abg Ipin
Biro Displin dan Keselamatan
Kak Wanie
Biro Makanan
Abg Didie
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Kak Salmah
(tak ingat juga, tapi dia ambil gambar kitaorang)


weee. semua semua best !!
PM sangat memahami kedudukan para siswa baru.
actually banyak cerita semasa melalui minggu destini siswa ni,
tapi tak kan lah aku kena cerita detail kan?
letih pun. tak apa lah, asalkan korang faham yang aku happy sangat menjalani minggu tersebut.

sekian. sayang PM dan MPP.

note : ada lah dua tiga slot yang mereka buat untuk kami menangis, tapi aku tak nangis.
aku hanya nangis bila hari terakhir aku dengan semua PM dan MPP. sedih kot. nanti dah tak dapat jumpa mereka dah. by the way, to all PM and MPP, thanks untuk semua usaha korang supaya kami semua selesa semasa MDS.jasa anda sangat dihargai.

written by azleenfarahim

No comments:

Post a Comment